Sunday 6 November 2011

Murid Pendidikan Khas





Menurut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas ialah kanak – kanak yang berbeza daripada kanak – kanak sederhana ataupun biasa dalam:
a)    ciri – ciri mental
b)    keupayaan deria
c)    ciri – ciri saraf dan otot / fizikal
d)    tingkah laku ataupun social
e)    keupayaan komunikasi
f)     pelbagai kekurangan
 Calutta (1999) pula mendefinasikan pendidikan khas sebagai pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan – keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid – murid kurang upaya. Ia menyediakan peluang – peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau di sekolah harian biasa.
Kanak – kanak keperluan khas memerlukan penjagaan, perhatian malah pendidikan yang khusus. Farrell (2003) mengkategorikan kecacatan kanak –kanak khas seperti berikut:
1.    Komunikasi dan Interaksi
a)    Masalah pertuturan dan bahasa
b)    Masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia atau dispraxia
c)    Cacat pendengaran
d)    Austistik
e)    Masalah pembelajaran sederhana dan teruk

2.    Masalah Kognitif dan pembelajaran

3.    Perkembangan tingkah laku, emosi dan social
a)    Masalah emosi dan tingkah laku
b)    Menyendiri
c)    Tingkah laku mencabar
d)    Menganggu
e)    Hyperaktif dan kurang tumpuan
f)     Kemahiran social yang tidak matang

4.    Sensori dan fizikal
a)    Cacat pendengaran
b)    Cacat penglihatan
 Di Malaysia, kanak – kanak dengan keperluan khas dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bermasalah pendengaran, penglihatan dan bermasalah pembelajaran

Perkembangan Dunia Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid bekeperluan khas. Menurut Aird and Bainbridge (1997), keperluan pendidikan khas dan corak bagaimana kanak – kanak dengan keperluan khas ini dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.



Sebelum ini, sejarah pendidikan khas telah menyatakan akhir tahun 1960an, kanak – kanak khas selalunya dihantar ke rumah kebajikan untuk diasuh dan ada yang lebih malang lagi dibiar atau dianiaya oleh masyarakat. Hal ini adalah disebabkan pemikiran ketika itu yang mengatakan bahawa kanak – kanak cacat dianggap sial ataupun sumpahan ke atas ibu bapa mereka yang pernah membuat kesalahanan atau dosa ketika hidup dahulu.

Tahun 1975 telah membuka lembaran awal kepada pendidikan kanak – kanak khas apabila Undang – Undang Awam 94-142 telah digubal. Dalam Undang –Undang ini nmenyatakan bahawa setiap negeri perlu menyediakan akses kepada program pendidikan percuma dalam sekolah awam kepada semua kanak – kanak istimewa yang berumur dalam lingkungan 3 hingga 18 tahun. Seterusnya, hak ini telah diperkembangkan dalam peruntukan PL99 – 457 yang mengariskan hak yang total kepada ibu bapa dalam membentuk dan mendidik serta membantu melaksankan program pendidikan khas untuk kanak – kanak istimewa mereka.


Pada tahun 1992, Majlis Kurikulum Kebangsaan United Kingdom menetapkan subjek – subjek tambahan diperlukan untuk membantu murid – murid khas bermasalah pembelajaran yang teruk. (Aird 2000). Hal ini adalah disebabkan Kurikulum sedia ada tidak dapat memenuhi keperluan mereka. Kurikulum alternative yang dicadang akan membantu meningkatkan pelaksanaan sedia ada. Pembentukan kurikulum alternative ini berasaskan kepada empat pengaruh:
a)  Pengaruh adaptif
Pengajaran berasaskan model intervensi perubatan, respons langsung bagi kecacatan fizikal atau sensori

b)    Pengaruh Pekembangan
Pengajaran bagi membantu murid mencapai petunjuk atau tanda perkembangan dan tingkah laku

c)    Pengaruh Tingkah Laku
Pengajaran yang menggunakan analisis tugasan bagi memperkembangkan kemahiran atau pemahaman

d)    Pengaruh fungsional
Pengajaran amali atau kemahiran vokasional dalam situasi sebenar.

Di United Kingdom sekitar tahun 1997, telah mempelapori pendidikan inklusif hasil pengaruh dua laporan yang ditulis pada awal tahun 90an oleh Audit Commission dan Her Majesty’s Inspectorate of Education yang menggesa corak bagaimana kanak – kanak keperluan khas perlu dididik secara adil. Untuk tujuan itu, Kurikulum Kebangsaan digunakan bagi merealisasikan sistem pendidikan inklusif.